PENAFIAN LAPORAN AKHBAR BERITA HARIAN MENGENAI ISU CUTI BERGANTI SEKOLAH DI PASIR GUDANG

Berhubung berita di akhbar Berita Harian yang bertajuk “Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Perlu Diganti” yang disiarkan pada 25 Mac 2019 (Isnin) jam 4.30 petang.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.

Dalam sidang akhbar berkenaan, transkrip jawapan saya adalah seperti berikut:

“Kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah.”

Sehubungan itu, saya memohon pihak Berita Harian untuk lebih berhati-hati supaya ia tidak mengelirukan mereka yang terkesan dengan bencana ini.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pemaklumkan berkenaan status cuti berkenaan perlu diganti atau tidak akan diputuskan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan PPD Pasir Gudang.

Dengan ini saya memohon Berita Harian untuk membetulkan laporan berkenaan.

Pautan laporan berita berkenaan adalah seperti berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545231/cuti-sekolah-akibat-pencemaran-sungai-kim-kim-perlu-diganti

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
26 MAC 2019

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u