PENAFIAN LAPORAN AKHBAR BERITA HARIAN MENGENAI ISU CUTI BERGANTI SEKOLAH DI PASIR GUDANG

Berhubung berita di akhbar Berita Harian yang bertajuk “Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Perlu Diganti” yang disiarkan pada 25 Mac 2019 (Isnin) jam 4.30 petang.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.

Dalam sidang akhbar berkenaan, transkrip jawapan saya adalah seperti berikut:

“Kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah.”

Sehubungan itu, saya memohon pihak Berita Harian untuk lebih berhati-hati supaya ia tidak mengelirukan mereka yang terkesan dengan bencana ini.

Pemaklumkan berkenaan status cuti berkenaan perlu diganti atau tidak akan diputuskan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan PPD Pasir Gudang.

Dengan ini saya memohon Berita Harian untuk membetulkan laporan berkenaan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pautan laporan berita berkenaan adalah seperti berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545231/cuti-sekolah-akibat-pencemaran-sungai-kim-kim-perlu-diganti

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
26 MAC 2019

SIMPANG RENGGAM: Cuti persekolahan sempena penutupan sementara 111 sekolah di Pasir Gudang akibat pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim perlu diganti, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata penggantian cuti berkenaan perlu dilakukan bagi menghabiskan sukatan atau silibus pembelajaran pelajar yang terjejas.

Katanya, walaupun cuti disebabkan pencemaran gas beracun dan ianya satu bencana, penggantian kelas perlu dilakukan.

Maszlee berkata demikian pada sidang media selepas melawat Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam, di Kampung Kolam Air dekat sini, hari ini.

BHarian