Tahniah diucapkan kepada Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil yang telah dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

Pak Nil Pak 21

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Pak Nil boleh terpilih sebagai Ikon PAK21? Apa kriteria yang membolehkan beliau dinobatkan sebagai ikon?

Sebenarnya sebelum ini juga Datuk Aznil Nawawi pernah dilantik sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2017. Pelantikan itu dibuat setelah mengambil kira peranan dan sumbangan beliau mendampingi masyarakat serta sikap ambil kisah terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Bagi pelantikan sebagai Ikon PAK21 ini pula beliau diberi tanggungjawab untuk:

  • Mempromosikan dan memberi pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kemahiran PAK21.
  • Menggalakkan perkembangan sahsiah murid secara holistik dan seimbang.
  • Memberi inspirasi kepada murid supaya memiliki keyakinan diri serta kemahiran pengucapan awam dengan ketrampilan kelas pertama.

Penjelasan Ikon PAK21

Pelantikan ini juga diperakukan oleh Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Datuk Aznil Nawawi juga telah banyak membuat kerja-kerja amal mendekati generasi muda di bawah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskannya iaitu Yayasan Pesona.

Ikon PAK21

Tumpuan Yayasan Pesona ialah aspek membangunkan generasi muda yang kita lihat mempunyai ciri-ciri seperti berketrampilan, memiliki keyakinan diri, berani berkongsi pendapat dan akhirnya melahirkan seorang individu yang dihormati dan disegani.

Salah satu programnya adalah Speaking Nation, program untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran pengucapan awam, dan melatih pelajaran untuk berani tampil ke hadapan.

Walaupun beliau bukanlah seorang guru, namun Pak Nil sememangnya mempunyai kepetahan berbicara di hadapan orang ramai, bahkan dia juga mampu membuatkan para pendengar sama ada dari golongan kanak-kanak, remaja, ibu bapa memberikan tumpuan kepada beliau. 

Melihat kepada tanggungjawab dan peranan yang diamanahkan kepada beliau, maka sesuailah untuk beliau dilantik sebagai Ikon PAK21, bagi memperluaskan lagi kefahaman masyarakat terhadap Pembelajaran Abad Ke-21 ini.

Ada juga yang memberi pendapat istilah ‘duta’ lebih sesuai digunakan. Kita juga tidak pasti mengapa istilah ‘ikon’ digunakan, mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

Jika diberikan kepada kita tugas ikon ini, mungkin kita juga tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘jurucakap’ PAK21 ini. Penjelasan ini bukanlah dari KPM namun ia menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan. Mungkin juga ada sebab-sebab yang lain yang tidak disebutkan di sini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u