Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang malam tadi telah memperkenalkan Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu:
Tema Hari Guru 2019
“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”

Logo Hari Guru 2019
Logo Ini Memberi Maksud:
- Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
- Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
- Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.
Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun, ia merupakan sambutan yang paling bermakna buat guru-guru dan pelajar-pelajarnya.
Pengorbanan dan jasa guru sebenarnya tidak pernah padam dalam hati sanubari pelajar-pelajarnya.
Semoga info berkenaan Tema Hari Guru 2019 ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan sambutan hari ini.
Pingback: Doa Sempena Hari Guru - Pendidik2u