Kenyataan Media
Penubuhan Pasukan Petugas Dasar Unified Examination Certificate (UEC)
21 Mac 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan untuk menubuhkan Pasukan Petugas Dasar Unified Examination Certificate (PPDUEC) susulan keputusan Mensyuarat Susulan Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018.

Anggota PPDUEC yang telah dilantik pada 29 Oktober 2018 adalah seperti berikut:

1. YBrs En. Eddin Khoo Bu Eng (Pengerusi) (Penulis, wartawan dan pengasas PUSAKA)

2. YBrs En. Mohamad Raimi Ab Rahim (Ahli) (Peguam dan Presiden ABIM)

3. YBhg Datuk Tan Yew Sing (Ahli) (Timbalan Presiden Dong Zong dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China)

PPDUEC ditubuhkan untuk mengumpul maklumat dan mengemukakan syor kepada KPM berhubung isu pengiktirafan UEC.

Hasil dapatan daripada maklum balas mengenai pengiktirafan UEC akan dirumuskan dan syor-syor akan dirangka dan diangkat kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan dikemukakan kepada Jemaah Menteri.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Apakah fungsi PPDUEC? Fungsi PPDUEC adalah seperti berikut:

  • Mengkaji dan mencadangkan hala tuju pengiktirafan UEC untuk dikemukakan kepada KPM.
  • Menyediakan dan mengemukakan pelaporan kajian yang mengandungi syor-syor PPDUEC kepada KPM dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, daripada tarikh lantikan.
  • Menyediakan dan membentangkan pelaporan status kajian PPDUEC kepada Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada setiap bulan.
  • Melaksanakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat berhubung dasar UEC.

PPDUEC

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u