Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

BACA JUGA: PISMP LALUAN KHAS UEC/SMA/SMU

KETERANGAN PROGRAM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

PISMP.MOE.GOV.MY

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKANmengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

­ SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum

SYARAT AKADEMIK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang

Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; 
ii. Bahasa Inggeris; dan
iii. Sejarah

­ Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonanonline). 

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Rendah
4.1.1 Bahasa Melayu
4.1.2 Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
4.1.3 Sejarah
4.1.4 Pendidikan Seni Visual
4.1.5 Pendidikan Jasmani
4.1.6 Pendidikan Islam
4.1.7 Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.1.8 Pendidikan Khas
4.1.9 Bimbingan dan Kaunseling
4.1.10 Bahasa Iban
4.1.11 Bahasa Kadazan dusun
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pendidikan Rendah
4.2.1Bahasa Melayu 
4.2.2Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
4.2.3Sejarah
4.2.4Pendidikan Seni Visual
4.2.5Pendidikan Jasmani4.2.6Pendidikan Islam4.2.7Pendidikan Awal Kanak-kanak4.2.8Pendidikan Muzik4.2.9Bimbingan dan Kaunseling4.2.10Rekabentuk dan Teknologi4.2.11Matematik 4.2.12Sains  4.2.13Bahasa Cina  
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pendidikan Rendah
4.3.1Bahasa Melayu 
4.3.2Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
4.3.3Sejarah
4.3.4Pendidikan Seni Visual
4.3.5Pendidikan Jasmani4.3.6Pendidikan Islam4.3.7Pendidikan Awal Kanak-kanak4.3.8Pendidikan Muzik4.3.9Bimbingan dan Kaunseling4.3.10Rekabentuk dan Teknologi4.3.11Matematik 4.3.12Sains  4.3.13Bahasa Tamil

­CALON TIDAK LAYAK MEMOHON


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


1.Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3.Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON PISMP

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.  

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (25 Mac 2019).  

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.   

6. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.  

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.    

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 MAC 2019 (11:59 MALAM)

KALENDAR AKTIVITI PISMP 2019

Mohon PISMP

 

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
TARIKH PENDAFTARAN: 17 JUN 2019

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6768/6758/6693/6678/6733/6731/6769/6689/6760

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u