PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) AMBILAN 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.   

2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.   

3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.     


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


CARA MEMOHON

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.  

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (25 Mac 2019).  

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.   

6. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.  

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.    

­Semoga dengan info ini dapat membantu anda.

Rujuk: https://pismp.moe.gov.my/iklan_uec_sma.cfm