TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

TVET (Technical and Vocational Education and Training).

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekananutama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompetendalam bidang-bidang yang tertentu.

Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Berikut merupakan usaha yang sedang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah pimpinan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik:


Bermula tahun 2020, TVET akan menjadi institusi yang sangat penting dalam perkembangan ekonomi negara.

12 sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) semuanya memerlukan TVET. Peluang pekerjaan akan terus pesat berkembang sehingga membuka peluang sebanyak lebih 1.5 juta pekerjaan.

Paling kurang, kita perlu memastikan enrolmen TVET meningkat sehingga 3 kali ganda menjelang 2025.

Sebagai Kementerian yang meneraju institusi TVET negara, tumpuan yang besar kita berikan ialah untuk merombak institusi TVET negara secara besar-besaran.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Saya sudah bentangkan sebelum ini 5 tonggak reformasi TVET negara.

Tonggak pertama yang besar dan penting ialah perlunya Badan Penyelaras TVET Negara. Ini bererti, kita akan merombak semua sistem yang menguruskan TVET dan mewujudkan Governan yang lebih cekap dan efisien.

Hal ini kita lakukan melalui 4 strategi penting.

Pertamanya, kita koordinasikan pengoperasian penyedia TVET negara dengan mewujudkan Badan Penyelaras TVET Negara seperti yang telah dibentangkan.

Kedua, kita akan membangunkan polisi berkaitan ekosistem TVET yang lebih menyeluruh dan sistematik. Melalui strategi inilah kita akan merangka Dasar TVET Negara.

Ketiga, kita akan membangunkan platform digital perkongsian data. Inisiatifnya, TVET akan mempunyai data raya sendiri, instrumen pengesanan graduan yang lebih efektif, dan instrumen sistem penarafan tunggal yang lebih sistematik.

Semua ini merupakan kali pertama kita bangunkan dan ia sangat penting untuk kelangsungan TVET dalam jangka masa yang panjang.

Keempat, kita akan memperluas akses dan ekuiti pendidikan. Tentunya kita akan tingkatkan akses, dan banyak program berkaitan pembangunan dan keusahawanan akan kita anjurkan.

Semua ini merupakan 4 strategi yang akan kita berikan tumpuan untuk memastikan Governan TVET negara lebih cekap dan efisien.

Selepas ini saya akan bentangkan pula strategi-strategi dalam tonggak seterusnya.

  • Dipetik dari Facebook Rasmi YB. Dr Maszlee Malik