Hasil kerjasama KPM dan TM satu pakej pelan internet yang dinamakan ‘JASA Pack‘ dilancarkan khas untuk guru.

Berikut adalah petikan dari Facebook Menteri Pendidikan.

Hasil kolaboratif KPM dan TM :

“Pakej UNIFI Mobile data tanpa had “Jasa Pack” khusus untuk para guru diperkenalkan dengan kadar RM59.00 sebulan berkelajuan 10GB LTE Hotspot Tethering tanpa kontrak; dengan ini dilancarkan secara rasminya”.

Permuafakatan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk melaksanakan metodologi pembelajaran abad ke-21 yang adakan di lebih 1,000 bilik darjah di seluruh negara melibatkan sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Jasa pack

Dalam merealisasikan matlamat ini, KPM dan TM akan bekerjasama untuk mempromosi, memudah dan melaksanakan sistem Transformasi Digital. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa aspek pendidikan di Malaysia kekal berdaya saing dan dinamik.

Transformasi digital ini akan memberi manfaat kepada murid-murid, para guru serta tenaga kerja KPM dalam mencipta bilik darjah pintar untuk Pembelajaran Abad Ke-21.

Semoga dengan adanya pakej ini mungkin dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang memerlukan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u