Home info Kantin Tiada Lauk, Guru Petang Kelaparan

Kantin Tiada Lauk, Guru Petang Kelaparan

18
0

Itulah nasib guru-guru di sesi petang (sekolah) , terpaksa berlapar kerana pihak kantin sekolah tidakĀ  lagi memasak lauk pauk di sesi petang.

Mungkin anda melihat perkara ini sebagai remeh, namun sesiapa yang sedang atau pernah berada di sesi petang pasti merasai keadaan ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sekolah yang mempunyai 2 sesi biasanya sekolah yang mempunyai murid dan guru yang ramai. Oleh yang demikian makanan yang dimasak juga haruslah dilebihkan untuk guru-guru di sesi petang.

Kebiasaanya guru sesi petang dikehendaki masuk sekolah sebelum jam 12 tengah hari. Ada yang sempat makan atau membungkus makanan dari luar dan ada juga yang tidak sempat singgah membeli ‘nasi bajet’ yang biasa dijual di tepi jalan.

Kantin merupakan satu-satunya tempat untuk guru makan dan minum, guru tidak dibenarkan keluar dari sekolah tanpa kebenaran semata-mata untuk membeli makanan di kedai makan luar.

Antara alasan penguasaha kantin adalah, guru petang selalu bungkus makanan luar, bawa bekal, order delivery dan sebagainya.

“Macam mana nak makan di kantin, sedangkan lauk pun tiada, itu sebab kami kena siap-siap beli diluar.” – ujar seorang guru yang sudah 12 tahun di sesi petang.

Oleh yang demikian, diharap penguasaha kantin mengambil perhatian terhadap isu ini. Bukan hendak burukkan kantin, tetapi mahukan perubahan dan penambahbaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here