Home info Tutup Sekolah atau Tidak KPM Ikut Nasihat Kementerian Kesihatan: Jerebu

Tutup Sekolah atau Tidak KPM Ikut Nasihat Kementerian Kesihatan: Jerebu

77
0
cuti jerebu 2023

KUANTAN: KPM akan mendapatkan pendapat dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau tidak jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Ia bergantung kepada cadangan atau nasihat sama ada menutup sekolah, memakai pelitup muka atau sebagainya,” katanya diminta mengulas situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Perasmian Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), hari ini.

Fadhlina juga berkata, semua sekolah di seluruh negara diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu yang sedang melanda negara.

Katanya, tiada sebarang aktiviti luar dilaksanakan di sekolah, sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, 

“Kita memang ada garis panduan dan kekal dengan garis panduan itu, kita minta semua sekolah mematuhinya.

“Jika IPU lebih 100, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan perlu mengikut garis panduan itu sebagai mana yang kita tegaskan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here