Bermula April 2017, potongan dalam penyata gaji penjawat awam tidak boleh melebihi dari 60%. Pelaksanaan ini kerana mahu membendung tahap keberhutangan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam. Berikut pemberitahuan dari JANM.
Dimaklumkan mulai April 2017, Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM. Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. Arahan ini selaras dengan keputusan Kerajaan. Sebarang pertanyaan berkaitan arahan ini, sila emel kepada bkp_kajian@anm.gov.my atau rujuk kepada FAQ.
Sebelum ini juga admin telah kongsikan berita ini, kini admin ingin kongsikan maksud potongan tidak melebihi 60% tersebut. Mudah sahaja, tengok pada Slip Gaji anda, pada ruang Jumlah potongan itu adakah ia melebih 60% dari gaji kasar anda. Gaji kasar adalah Gaji Pokok tambah elaun.
60/100 x GAJI KASAR
Rujuk Contoh Penyata Gaji di bawah:
Sekiranya potongan anda telah mencapai 60%, maka anda perlu menguruskan sendiri hutang anda, andainya ingin membuat pinjaman lain selepas ini.
Kaedah lain yang boleh anda gunakan adalah seperti:
Bayar secara manual di ATM atau dikaunter bank.
Buat Auto Debit dari akaun bank.