Hari Guru tidak lengkap sekiranya tidak dimeriahkan dengan pantun hari guru, ia ibarat warna-warni yang menghangatkan lagi suasana, khususnya bagi Pengerusi Majlis yang sedang mengendalikan sesuatu acara.

Ia juga digunakan dalam ucapan-ucapan guru-guru, sama ada Guru Besar, Pengetua atau wakil guru.

kemeriahan Hari Guru biasanya dilengkapkan dengan Tema Pakaian Hari Guru yang berbeza setiap tahun.

Ia bukan sahaja mampu merapatkan ukhwah sesama guru, tetapi juga menjadikan suasana nampak meriah dan menarik minat murid-murid yang sama-sama meraikan guru-gurunya.

Di sini dikongsikan koleksi Pantun Hari guru yang mungkin boleh digunakan dalam ucapan anda.

Pantun Hari Guru

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pantun Hari Guru

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan

Credit to – Nurul Afiqah