Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek yang sangat penting, namun terdapat segelintir pihak yang merasakan ia tidak penting, tidak masuk UPSR, sudah belajar di sekolah agama, pandai solat sahaja sudah cukuplah. 
Tunjuk cara mandi wajib
Pandai solat?? Berapa ramai murid yang dah Sekolah Menengah tetapi tidak hafal tahiyat, doa qunut, solat tak cukup 5 waktu. Kerana itulah Pendidikan Islam ini sangat penting, ia bukan hanya untuk dunia tetapi juga untuk akhirat iaitu kehidupan yang sebenar.


Baiklah, sebenarnya admin nak kongsikan salah 1 pdp Ustaz Fadhli bertajuk Mandi Wajib. Kebiasaannya kita tengok Ustaz ajar secara teori sahaja, ataupun sekadar menonton video, tetapi kali ini Ustaz Fadli tunjuk cara secara real, betul-betul mandi, murid sebagai contoh.
Boleh tengok gambar-gambar Tutorial atau Cara Mandi Wajib yang dikongsikan di FB beliau.
Mandi wajib
Murid Mandi Wajib sambil dibimbing oleh guru.

Cara mandi wajib
Penerangan berkenaan Mandi Wajib

Sumber Gambar: Ustaz Fadhli
Mandi wajib merupakan perkara yang penting dan wajib diketahui oleh semua murid yang beragama Islam. Amat mengejutkan bagi kita, apabila kita tanya murid-murid, masih ada yang belum pandai mandi wajib sedangkan sudah baligh.
Tahniah kepada Ustaz Fadhli yang berjaya membawa murid merentas kurikulum, pdp Mandi Wajib.