Home info 19 Sekolah Menerima Ancaman Bom Palsu

19 Sekolah Menerima Ancaman Bom Palsu

15
0
ancaman bom sekolah selangor

19 sekolah termasuk 16 sekolah antarabangsa di enam negeri menerima ancaman bom palsu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menerima tujuh e-mel yang menyatakan bahawa terdapat ancaman bom di tujuh buah sekolah di sekitar Selangor.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi, menyatakan bahawa pihaknya telah menerima kandungan e-mel tersebut hari ini yang memaklumkan tentang potensi bahaya bom di tujuh buah sekolah di negeri ini.

Beliau menyatakan bahawa antara lokasi ancaman termasuklah sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya, dan Kajang sebelum pasukan polis diarahkan untuk mengambil tindakan di lokasi tersebut.

“Bagaimanapun sebaik unit pemusnah bom PDRM tiba dan membuat pemeriksaan mendapati perkara itu tidak benar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan kes ini,” katanya.

Selain itu juga, beberapa sekolah Antarabangsa lain turut sama menerima ancaman bom melalui emel, kesemua sekolah berjumlah 19 buah.

7 di Selangor
5 di Kuala Lumpur
3 di Johor
1 di Perak
2 Pulau Pinang
1 Negeri Sembilan

– TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here