Tiada Penangguhan(Moratarium) Pembayaran Balik Ansuran Bulanan Pembiayaan Peruahan Lembaga Pembiayaan Perahan Sektor Awam (LPPSA)

Berikut merupakan Siaran Akhbar dari LPPSA:

Lppsa covid-19

 

Maklumat yang sahih dan boleh kongsi bersama.

Putrajaya, 8 April 2020 – Sehubungan dengan Pakej Rangsangan Ekonoml Prihatin
Rakyat (PRIHATIN), pihak LPPSA telah menerima pertanyaan dari pelbagai pihak berkenaan kemungkinan penangguhan atau moratorium beleh diberikan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA.

Untuk makluman Kerajaan menyediakan kemudahan pambiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah 4%.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Ini adalah lebih rendah berbanding
kadar pembiayaan yang ditawarkan dari mana-mana institusi perbankan tempatan.

Diamping itu, pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA dengan kadar faedah 4% ini adalah lebih rendah berbanding kos dana yang diperolehi oleh LPPSA
melalui terbitan sukuk pada kadar antara 4.5% hingga 5%.

Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bayaran pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan
melebihi RM2 billion.

LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan dating.

Secara asasnya, penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencan bagi manampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan
bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.

Kebajiikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan PRIHATIN tetap menjadi salah
satu keutamaan Kerajaan melalui pemberian bantuan tunai seperti bayaran RM500 secara one off kepada lebih 1.6 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke
bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara kerajaan bermula
April 2020.

Justeru itu, LPPSA telah memutuskan untuk tidak memberi penangguhan atau
moratorium pembayaran balik ansuran bulanan kerana masih yakin kebajikan
penjawat awam telah cukup terjaga dan tiada keperluan buat masa ini.

.