Home info Pendedahan Ilmu saham akan dimulakan di peringkat sekolah

Pendedahan Ilmu saham akan dimulakan di peringkat sekolah

2
0
subjek saham di sekolah

KEPALA BATAS – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, berhasrat agar pemahaman mengenai menabung dan penglibatan dalam saham dimulakan sejak peringkat sekolah sebagai tanggungjawab bersama.

Oleh itu, satu perbincangan akan diadakan dalam waktu terdekat antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meluaskan kesedaran mengenai perkara tersebut.

“Berdasarkan agenda kelestarian PNB yang merupakan sebuah syarikat mempunyai rekod pengurusan baik setelah sekian lama.

“Kita tidak boleh buat andaian mereka yang menyimpan, menabung atau terlibat dalam saham itu dengan sendirinya mempunyai maklumat yang cukup,” katanya ketika Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontainers, Bertam pada Ahad.

Anwar menyatakan bahawa kerajaan memberikan jaminan kepada PNB untuk menjalankan perbincangan bersama KPM dan KPT dengan matlamat untuk meluaskan kesedaran mengenai menabung dan penglibatan dalam saham, dimulai dari peringkat sekolah.

“Kita pilih guru, latih mereka dan berikan latihan daripada PNB sendiri untuk memberikan pencerahan dan tanggungjawab kesedaran tambahan di peringkat sekolah iaitu literasi saham serta pendedahan awal mengenainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here