Home info 9500 Guru Baharu Akan Ditempatkan Bermula November Ini

9500 Guru Baharu Akan Ditempatkan Bermula November Ini

69
0
pengambilan guru 2023

Pasir Puteh: Kementerian Pendidikan akan menempatkan sebanyak 9,500 guru baharu pada bulan November ini untuk menangani kekurangan guru di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkan bahawa proses temu duga guru baharu telah selesai dilaksanakan baru-baru ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, masalah kekurangan guru adalah bersifat sementara bila ada persaraan dan ada dalam kalangan guru yang berhenti.

“Namun kita akan cepat-cepat ganti bagi mengelak berlaku kekosongan. Proses untuk mendapatkan guru baharu akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Insya-Allah menjelang November ini kita akan membuat penempatan membabitkan 9,500 guru baharu,” katanya.

Beliau menyebut perkara tersebut dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh.

Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) melaporkan isu kekurangan guru, yang sebelum ini berlaku di kawasan pedalaman, kini turut menular di kawasan bandar.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata bahawa hampir semua sekolah di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan guru kerana tiada penempatan guru baharu untuk menggantikan mereka yang telah bersara.

Beliau mendakwa bahawa lebih daripada 20,000 guru diperlukan dengan segera untuk mengatasi kekurangan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here