Home info KPM Akan Menawarkan Subjek Tahfiz Al-Quran Untuk STPM

KPM Akan Menawarkan Subjek Tahfiz Al-Quran Untuk STPM

100
1
Subjek tahfiz Stpm

Bermula pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Ini merupakan satu anjakan baharu untuk menghargai kepentingan Al-Quran dalam sistem pendidikan negara serta mendekatkan masyarakat dengan isi dan kandungannya.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Melalui pelaksanaan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran ini kelak, pelajar bukan sahaja akan didedahkan dengan ilmu untuk memantapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran, malah aspek penulisan, pembacaan dan pemahaman menyeluruh Al-Quran juga akan diberikan perhatian.

Pelaksanaan mata pelajaran ini mampu membuka peluang lebih besar kepada pelajar terlibat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dilaksanakan KPM bagi meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz di negara kita.

Kita mahu melihat pelajar-pelajar dalam bidang tahfiz memiliki kualiti akademik holistik yang mampu memberikan kelebihan kepada mereka membangunkan diri untuk mencapai cita-cita lebih luas.

Di masa hadapan, kita berhasrat untuk melihat lebih ramai pelajar tahfiz muncul sebagai golongan penting yang mencorak pelbagai sektor ekonomi di negara kita.

Pelaksanaan mata pelajaran ini ialah sebahagian dari usaha Kerajaan Pakatan Harapan dalam menerapkan nilai-nilai Islam secara lebih luas demi menyediakan generasi muda celik Al-Quran yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Sumber: Dr Maszlee Malik

1 COMMENT

  1. YB Dr Maszlee, adakah ini akan meningkatkan prestasi pelajar kelulusan STPM dan juga meningkatkan keupayaan mereka memberi sumbangan kepada bidang pekerjaan yang diceburi kelak, terutamanya di bidang swasta??

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here