Penggunaan Jata Negara bagi menggantikan Logo Rasmi Kementerian sebenarnya telah ditetapkan pada Januari 2017 lagi, namun begitu ada juga segelintir yang terlepas pandang berkenaan Surat Siaran Pemberitahuan tersebut:

Nama Surat Siaran: Ketetapan Mengenai Penggunaan Logo Jata Negara Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November 2016, ahli mesyuarat telah bersetuju agar logo rasmi kementerian dan agensi digantikan dengan logo jata negara sahaja berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Bagi memastikan penyeragaman pemakaian Logo Jata Negara di KPM, pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) telah bersetuju dengan ketetapan berikut:

Penggunaan Jata Negara sebagai Letter Head pada setiap Bahagian, JPN dan PPD. (Lampiran A)

logo jata negara kpm

Gambar di atas ini merupakan penggunaannya Jata Negara pada Kepala Surat. Biarpun surat itu dikeluarkan pada peringkat PPD atau JPN, nama Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diletakkan di bahagian atas sekali, kemudian barulah nama PPD/ JPN atau Bahagian peringkat KPM.

Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat Kementerian. (Lampiran B)

logo kpm baru

  • Jenis Font yang digunakan adalah Adobe Garamond Pro, dan huruf K, P, M di bold.
  • Saiz huruf pula adalah 38pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125

Penggunaan Logo Jata Negara pada peringkat JPN dan PPD. (Lampiran C)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


format logo kpm

Manakala logo di peringkat PPD dan JPN pula hendaklah mengikut format seperti gambar di atas:

KPM

  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro (Huruf K,P,M di bold)
  • Saiz: 29pt
  • Warna #263A7D /R 38/ G 58 /B 125

JPN/ PPD

  • Jenis Font: Adobe Garamond Pro
  • Saiz: 28pt
  • Warna: #1C75B /R 28/ G 117 /B 188

Logo KPM PNG Format

Logo Baru KPM Jata Negara

Manakala untuk versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah

Sekiranya anda ingin memuat turun kesemua maklumat berkenaan surat siaran, logo berformat png, logo dalam format Adobe Illustrator anda boleh dapatkannya di pautan berikut:

LOGO BARU KPM

Biarpun kita telah memasuki tahun 2018, namun begitu masih terdapat beberapa kesilapan dalam penggunaan logo ini, beberapa tempat yang selalu berlaku kesilapan tersebut adalah penggunaannya di:

  • Banner Program Sekolah
  • Muka Depan Fail
  • Surat
  • Flyers
  • Dokumen

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh maklumat tidak sampai kepada semua warga KPM termasuk guru-guru di peringkat sekolah. Kurang membaca surat siaran yang dikeluarkan oleh Kementerian dan Jabatan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pihak pentadbir khususnya boleh menghebabkan maklumat ini di group rasmi Jabatan atau Sekolah masing-masing, serta menampal surat di papan kenyataan di pejabat masing-masing.

Perkara ini juga sebenarnya telah dihebahkan di media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi memastikan ia dapat disebarkan secara meluas.

Semoga info Logo KPM yang bermanfaat ini dapat membantu anda semua dalam menghasilkan kerja yang terbaik. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dan juga untuk diri sendiri.