Home info Tema Hari Guru 2018

Tema Hari Guru 2018

18
0
Hari guru

Tema Hari Guru 2018 telah pun diumumkan pada 23 Mac 2018 yang lepas iaitu Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Jika kita renung maksud tema kali ini, ia melambangkan betapa pentingnya peranan guru dalam dunia pendidikan sebagai penggerak utama pemacu transformasi.

Sepertimana yang disiarkan di dalam Facebook Rasmi Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Saya umumkan tema Hari Guru 2018 ialah “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.

Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025.

Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Sesungguhnya guru memainkan peranan utama dalam mendidik murid ke arah kemenjadian murid atau outcome yang ingin dihasilkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Gurulah yang menggilap potensi murid untuk memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025.

Sebagai seorang guru pasti mahukan Hari Guru disambut dengan meriah dan gembira, namun sebenarnya perkara yang paling penting adalah melahirkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberikan kita peluang dan ruang bekerja sebagai seorang pendidik. Kesyukuran juga bukan sahaja hanya dilafaz di bibir sahaja, bahkan hendaklah dizahirkan dengan perbuatan.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Hari Guru tahun ini jatuh pada 30 Syaaban, iaitu keesokannya 1 Ramadan umat Islam akan bermula mengerjakan ibadah puasa. Oleh yang demikian, anda boleh rancang aktiviti yang bersesuaian pada hari tersebut, di samping bersyukur menjadi seorang pendidik, kita juga bersyukur kerana diberi peluang untuk melangkah ke bulan Ramadan.

Berkenaan dengan tema sambutan, pilihlah tema yang bersesuaian dengan akhlak dan adab kita, perkara yang paling penting adalah ia tidak melanggar syariat Islam terutamanya berkenaan pakaian dan persembahan.

Biarpun kita ingin menzahirkan kegembiraan, tetapi harus diingat Islam mengajar kita adab dan akhlak, tidak semua perkara yang kita suka itu dibenarkan. Mungkin bagi kita ia biasa, namun jika Islam melarang maka ia tetap salah biarpun ia menyeronokkan.

Contoh Idea Tema Hari Guru

  • Kalau aku bukan guru
  • Kembali ke sekolah
  • Kesultanan Melayu
  • Kembar
  • Pakaian Tradisional
  • Klasik / Retro
  • Pengantin
  • Superhero
  • Arabic
  • Bangsawan
  • Islamik
  • Kartun
  • Koboi
  • Jersey
  • Hitam Putih
  • Kampung
  • Putih

Ini adalah cadangan tema yang boleh anda buat di sekolah, terpulang kepada anda sama ada nak ada tema atau pun tidak, tidak semestinya kena ada tema baru meriah, kadang-kadang tiada tema itu lebih meriah. Apa pun ia bergantung kepada persetujuan warga sekolah anda.

Semoga Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei nanti berjalan dengan lancar dan teratur. Kongsikan kepada rakan-rakan anda sekiranya ia bermanfaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here