Kita telah melaksanakan PAK21 dalam beberapa tahun ini, dan mungkin juga sudah mula lebih awal lagi cuma namanya sahaja yang berbeza. Pendidik2u berbesar hati untuk kongsikan perkongsian dari Sisc Azura yang sememangnya banyak memberi ceramah dalam bengkel-bengkel pendidikan khususnya berkenaan PAK-21 ini.

Berikut adalah penjelasan beliaun berkenaan salah tanggapan terhadap PAK21 ini.

Soal jawab tentang pak-21

  • Benarkah jika murid tidak tahu nama aktiviti pak-21 bermakna guru tidak melaksanakan pak-21?
    Tidak.

Murid tidak perlu mengetahui nama aktiviti PAK-21 yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Yang penting dalam pak-21, elemen 4k1n diterapkan oleh guru dalam setiap pdpc.

4K 1N ialah:
Komunikasi
Kolaboratif
Kritis
Kreativiti
Nilai & Etika

Aktiviti yang dilaksanakan (gallery walk, round table, think pair share dan sebagainya) hanya aktiviti untuk memastikan murid melaksanakan 4k1n. Aktiviti ini hanya simulasi di dalam kelas agar murid terbekal dengan 4k apabila menghadapi dunia luar setelah tamat persekolahan.

  • Benarkah jika tidak menggunakan teknologi dalam pdpc, kita dianggap tidak melaksanakan Pak-21?
    Tidak.

PAK-21 bukan semata-mata menggunakan teknologi (komputer) dalam pdpc. Perkara yang ditekankan ialah 4k1n. Jika ada menggunakan teknologi tetapi tidak berlaku 4k1n, maka guru masih tidak melaksanakan pak-21. Namun, ramai yang tidak jelas akan perkara ini.

  • Benarkah dalam aktiviti gallery walk, penggunaan sticker adalah wajib?

Penggunaan sticker adalah untuk membolehkan ahli kumpulan lain memberikan pandangan dan membuat penilaian pada hasil kerja rakan. Jika tidak menggunakan sticker, ahli kumpulan boleh memberikan pandangan dan membuat penilaian dengan cara menulisnya pada ruangan kosong kertas pembentangan atau pelaksanaan sesi soal jawab selepas sesi gallery walk dilaksanakan.

Apa jua cara boleh dilakukan untuk memastikan adanya ruang untuk penambahbaikan dan penilaian dilakukan, bukan semata-mata penggunaan sticker.

  • Adakah dengan melaksanakan aktiviti kumpulan, bermakna kita telah melaksanakan PAK21?

Tidak semestinya, jika aktiviti perbincangan kumpulan hanya mencatat perkara yang terdapat di dalam buku teks secara terus tanpa murid berfikir.

Kemahiran yang perlu ditekankan bukan kemahiran menyalin tetapi kemahiran menaakul (berfikir).

Sumber: Sisc Azura
Anda boleh follow facebook beliau untuk mendapatkan pelbagai informasi dan ilmu pendidikan yang sangat berguna. Terima kasih diucapkan kepada beliau, semoga usaha beliau ini diberi ganjaran yang baik oleh Allah SWT sekeluarga.