Apa itu Program Ziarah Cakna? Siapa pula yang nak pergi ziarah? Adakah ia akan membebankan tugas guru? Itulah antara pertanyaan guru-guru berkenaan dengan program ini.

Berdasarkan maklumat dari media rasmi KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan di seluruh negara mulai 27 Januari 2019.

guru ziarah murid

Program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pelancaran di semua peringkat Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara juga dijalankan serentak dengan melibatkan pelbagai pihak antaranya pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan agensi yang berkaitan.

Ia akan dilancarkan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 28 Januari 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata di bawah program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun itu, pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.

“Guru-guru lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.

Sebelum ini juga, kebanyakan sekolah ada menganjurkan program ziarah ke rumah anak-anak murid yang memerlukan bantuan, mempunyai masalah disiplin, kehadiran dan pemberian sumbangan.

­Diharap info ini dapat memberi gambaran awal kepada rakan-rakan guru khususnya, dalam memahami program-program terbaru KPM.