Home info Benarkah Apabila Guna GL Kosnya Akan Ditolak Masa Pencen Nanti?

Benarkah Apabila Guna GL Kosnya Akan Ditolak Masa Pencen Nanti?

138
0

Berikut adalah kenyataan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) berkenaan penggunaan Guarantee Letter di Hospital Kerajaan yang dikatakan akan ditolak masa akhir perkhidmatan nanti.

Isu ini juga selalu digunakan oleh Agen Insurans dengan memberikan fakta yang tidak tepat. Rujuk Kenyataan di bawah:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Dengan ini kami mengesahkan bahawa, TIDAK PERNAH terjadi bayaran GANJARAN (GRADUITI) mana-mana pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.

Sebagai makluman, rawatan dan kemudahan rawatan diberikan secara percuma kepada tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

Kenyataan yang dibuat agen insurans ini adalah sama sekali bercanggah dengan prinsip kemudahan rawatan yang ditawarkan kerajaan iaitu kemudahan rawatan perubatan diberikan secara percuma kepada pengkhidmat awam mahupun pesara di hospital/klinik kerajaan.

Agen insurans ini hanya mementingkan diri dengan menyebarkan kenyataan yang salah dalam usaha mempromosikan produk mereka. Harap dapat dikongsikan kepada sahabat/rakan/kaum keluarga pesara.

Bayaran graduiti

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
Formula perkiraan
1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

Ganjaran Perkhidmatan (Gratuity)
Formula perkiraan
7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Semoga maklumat dan pencerahan ini dapat menjelaskan lagi kekeliruan khasnya di kalangan penjawat awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here