Home Berita Guru Tidak Terbeban Dengan Tugas Hakiki

Guru Tidak Terbeban Dengan Tugas Hakiki

69
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung guru di sekolah mengakibatkan golongan itu tidak cukup masa untuk mendampingi pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata guru di negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki seperti peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Memetik laporan International Level Organization (ILO), beliau berkata, guru tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.

“Ada perkara yang disebut ada kaitan dengan tugas hakiki guru dan bukan hakiki seperti lakukan perkara lain. Kalau ada (tugas bukan hakiki) dalam kalangan guru, kita boleh kesan.

“Kita boleh beri spesifik jumlah tugasan yang dibuat guru selain tugasan mengajar sepenuhnya dalam bilik darjah. Misalnya, guru juga buat kerja masukkan data.

“Perkara ini diambil kira oleh kementerian dan kita akan perhalusi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), yang bertanya bebanan tugasan guru di sekolah membuatkan golongan pendidik itu tidak cukup masa mendekati pelajar sehingga mereka terjerumus ke kancah masalah displin.

Mengulas masalah displin pelajar, Mahdzir berkata, masalah paling serius ialah gangsterisme, disusuli salah guna dadah, buli dan ponteng sekolah.

Beliau berkata, sehingga kini, daripada 5.1 juta pelajar seluruh negara, sebanyak 442 pelajar dibuang sekolah kerana terlibat dalam masalah displin.

Meskipun jumlah itu kecil, katanya, kementerian tidak melihat perkara itu remeh, sebaliknya berusaha membendung masalah displin menular dengan kerjasama guru dan masyarakat.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here