Home Berita Tragedi Mesin Rumput, Kenapa Salahkan Guru?

Tragedi Mesin Rumput, Kenapa Salahkan Guru?

25
0

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita yang amat menyayat hati, iaitu peristiwa kemalangan di padang SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas yang mana bilah pisau traktor pemotong rumput ‘terbang’ terkena pelajar sehingga menyebabkan seorang mangsa maut, dan 2 lagi cedera.

Kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi tadi itu merupakan satu kemalangan yang perlu disiasat dengan seadilnya. Tindakan sesetengah netizen yang menyalahkan guru atas kes ini amatlah tidak adil sama sekali.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Menggunakan hujah pelajar di sekolah adalah 100% tanggungjawab guru sama sekali tidak adil, biarpun di atas kertasnya murid di bawah pengawasan guru.

Tiada siapa yang mahukan kemalangan ini berlaku, namun bukan semua di atas tangan kita, mungkin kita telah lakukan yang terbaik, ‘malang tidak bebau’.

Mungkin ada yang bertanya antara Traktor mesin rumput, kontraktor, guru, dan pelajar, siapa yang perlu bertanggungjawab? Atau tiada siapa yang perlu dipersalahkan? Apapun semua ini perlu diteliti dan dikaji, kerana kita bimbang kejadian sebegini tidak mustahil boleh berlaku lagi.

Guru tidak ikut SOP?

Inilah yang akan dipersoalkan oleh masyarakat, guru tidak ikut SOP, cikgu tidak kawal murid, cikgu tidak itu, tidak ini..

Ingatkah anda tragedi tiang gol hempap murid? Kes Murid terjun bangunan? Kes besi longkang tercucuk murid? Dan banyak lagi..

Sebenarnya, apabila anda menjadi guru, banyak perkara yang anda perlu jaga, bukan sekadar SOP, bahkan apa yang tiada dalam SOP pun guru terpaksa lakukan..

Guru sebenarnya telah lakukan sebaik-baiknya bagi memastikan murid dikawal dan dijaga sebaiknya.

Bahkan guru menganggap murid-murid ini sebagai anak sendiri..

Semoga kes ini akan disiasat dengan sebaiknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here