Beberapa hari lepas media utama telah menyiarkan berita mengenai Guru Dilarang Menggunakan Telefon di Dalam Kelas, berikutan itu ramai yang kurang berpuas hati dengan kenyataan tersebut kerana telefon pintar memang perlu digunakan kerana mempunyai pelbagai fungsi dan bahan penting untuk pdpc.
Berikutan itu satu kenyataan media telah dikeluarkan:
KENYATAAN MEDIA – SEBARAN UMUM
I’d like to clarify my statement about the usage of hand phones in school. Teachers are allowed to bring their phones to school but its usage is limited to after school hours and free periods and must not be a disturbance to the teaching and learning process.
However, in today’s learning environment obviously teachers can use their phones to integrate lessons using the 21st century technology and methodology. Teachers are a fundamental and pivotal part of our education system and I’m sure they optimize their phones to enrich the teaching and learning quality.
In fact, I myself know many teachers who use their own phone’s data plan for the benefit of their students and I applaud and encourage their noble effort full heartedly. – P.Kamalanathan
Saya ingin menjelaskan kenyataan saya mengenai penggunaan telefon bimbit di sekolah. Guru – guru sememangnya dibenarkan untuk membawa telefon mereka ke dalam kawasan sekolah tetapi kepenggunaannya atas urusan persendirian adalah tidak patut dan tidak boleh mengganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan dengan murid.
Guru-guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan dalam PdPc di mana ianya membantu dari segi Pendidikan Abad ke-21. Persekitaran hari ini memperlukan pengintegrasian dengan menghubungkan teknologi yang ada. Guru adalah aset yang paling penting dalam sistem pendidikan kami dan saya sedar ramai guru-guru kita mengoptimumkan sumber teknologi yang mereka ada untuk memperkayakan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan.
Malah saya sendiri tahu ramai guru – guru yang menggunakan banyak peranti, telefon bimbit, tablet komputer persendirian serta plan data telefon mereka sendiri untuk menjalankan PdPc dan segala usaha tersebut, saya dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan guru. Sekian.
Terima Kasih
– P.Kamalanathan