Seorang murid tahun 4 mendakwa tangannya telah digigit oleh cikgunya sehingga meninggalkan kesan lebam.

Berikutan itu, ibu bapa murid tersebut telah membuat laporan polis agar menyiasat kes tersebut.

Mengikut ibu bapanya, mereka menyedari hal tersebut ketika sedang bersama di kedai makan, anaknya mengadu sakit di bahagian tangan. Setelah diperiksa, terdapat kesan lebam pada tangan kanan anaknya.

Berdasarkan ‘cerita’ daripada anaknya, kesan lebam tersebut dikatakan berpunca daripada digigit oleh cikgu ketika menghantar kertas jawapan jumaat lepas.

Kejadian yang dikatakan berlaku di meja guru tersebut agak ganjil dan jarang berlaku, belum pernah lagi cikgu gigit tangan murid, kerana jika guru tersebut lapar dia boleh makan di kantin..

Oleh itu kita berharap pihak bertanggungjawab perlu menyiasat dengan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak dan mengemukakan saksi yang melihatnya.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u