Pernahkah anda terfikir adakah anda tergolong dalam kumpulan orang yang kreatif? Kawan anda selalu memuji anda mempunyai idea yang lain daripada lain?
Kreativiti terhasil dari kerjasama antara otak kanan dan otak kiri, ia menggabungkan imaginasi berserta realiti.
Kreativiti: 1% Idea , 99 Tindakan
Mari kita lihat apakah ciri-ciri orang yang kreatif:
Berani mencuba perkara baru.
Orang yang kreatif biasanya berani untuk menghasilkan sesuatu perkara yang baru. Dia tidak suka buat perkara yang sudah biasa dibuat oleh orang lain.
Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Ya, sememangnya mereka akan tidak sabar untuk mengetahui sesuatu perkara. Kalau ada sesuatu di dalam kotak hadiah, mereka tidak sabar untuk membukanya.
Tidak takut salah ataupun gagal.
Apabila ingin menghasilkan sesuatu mereka tidak takut pada kegagalan, tetapi mempunyai sifat berani mencuba.
Mempunyai banyak jalan penyelesaian.
Mempunyai banyak plan, plan A, B, C, dan sebagainya. Mereka bukan hanya memikirkan 1 jalan sahaja, tetapi dapat berfikir
Banyak membaca dan mencari perkara-perkara baru.
Membaca sangat penting, idea yang datang dari pembacaan akan mudah diingati. Banyak idea baru yang ada di dalam buku-buku dan majalah serta internet.
Mempunyai sifat humor yang tinggi.
Humor dapat membuatkan kita gembira dan relaks dalam membuat kerja.
Tidak memandang rendah hal-hal kecil dan orang lain.
Semua aspek diambil kira, tidak memandang remeh hal-hal kecil.
Berani berbeza daripada orang lain.
Berani membuat kelainan, tidak malu untuk menampilkan sesuatu yang berbeza. Kerana kepuasan diri adalah apabila dapat menghasilkan sesuatu yang baru.
Selalu mencatat ataupun merakam idea-idea yang ditemui.
Apabila melihat sesuatu idea yang baru mereka akan teruja, akan mencatat atau mengambil gambar untuk dijadikan bahan rujukan akan datang. Idea akan dijana dengan melihat idea yang ada untuk menjadikannya lebih menarik.
Tidak sabar mempraktikkan idea-ideanya.
Orang yang kreatif juga tidak sabar untuk melaksanakan ideanya dan melihat hasil kerjanya. Kepuasan akan datang setelah melihat kejayaan dalam menghasilkan sesuatu.
Hampir semua ciri di atas tadi sebenarnya sudah dapat dikesan pada kanak-kanak seawal usia 0 hingga 2 tahun lagi. Pada waktu ini, 80% otak manusia berkembang dengan pesatnya.
Sebagai Ibu bapa kita perlu mengelakkan dari menyekat kreativiti anak-anak, seperti:
- Banyak larangan.
- Memaksa anak-anak menggunakan hanya 1 cara.
- Jarang menghargai hasil kerja anak.
- Tidak mencampurkan humor dalam proses pembelajaran.
- Banyak komen negatif dan kritikan.
- Kurang memuji.
Kajian menunjukkan ibu bapa lebih banyak memarahi anak berbanding memujinya. Jika dibuat skala: 1 : Pujian, 9 : Marah, cuba semak hari ini berapa kali anda puji anak anda..