Home info Keluar mesyuarat awal, guru diarah beri surat tunjuk sebab

Keluar mesyuarat awal, guru diarah beri surat tunjuk sebab

3
6

Seorang guru telah diminta untuk memberikan ‘surat tunjuk sebab’ kerana keluar awal ketika mesyuarat Dialog Prestasi sedang berjalan.

Dialog prestasi yang diadakan sehingga lewat malam itu telah menyebabkan para guru tiada waktu rehat yang secukupnya.

Berikut adalah alasan  yang dikemukan oleh guru tersebut:

  • Mesyuarat telah memakan waktu rehat yang secukupnya bagi dewasa iaitu 6-8 jam.
  • Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal.
  • Beliau juga memberikan sumber rujukan dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:

www.myhealth.gov.my/kecelaruan-tidur/

Memandangkan sudah lewat malam dan waktu tidurnya adalah 22:30, maka beliau mengambil tindakan untuk meninggalkan mesyuarat jam 22:20 kerana bimbang akan menjejaskan kualiti bekerja esok hari.

Di akhir surat beliau juga memohon maaf atas tindakannya keluar awal meninggalkan mesyuarat tanpa kebenaran.

Kadang-kadang hairan juga, bincang pasal dialog prestasi, tapi lupa sampai menjejaskan prestasi.

Renung-renungkan selamat beramal.

6 COMMENTS

  1. Org gila saja paksa org berdialog prestasi smpai malam2 buta. Xkira la gila kuasa, gila pangkat, gila babi. Org mcm ni sila meninggal.

  2. Itu belum lagi kat SMK Desa Petaling.. Pengetuanya pentadbir semua gila surat.. balik2 surat penjelasan, hal kecik pun surat.. sop itu ini lah.. dah cecikgu ni di momokkan dengan kuku besi dia.. pastu bebudak punya disiplin kelaut, sebab cecikgu pun duk jaga diri sendiri sebab cuak kena sop dengan pengetua..

  3. Ramai ketua sekarang ni naik pangkat bukan sebab bakat dan kebolehan diri sendiri tapi sebab mengipas dan mengampu… Sebab itu bebal dan bangang

    • Amat benar. Bayangkan gb saya dengan megah berkata hanya jd guru selama 8 tahun…lepas tu terus jadi gb…bayang je lah 20 tahun amalkan ala kuku besi. Sebab x tahu betapa peritnya menjadi seorang guru. Sb pandai mengipas penyelia sempat jd gb tanpa pengalaman yg kukuh sbg seorg guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here