JPN Johor akan menjalankan siasatan berkenaan kes seorang guru perempuan Pendidikan Moral yang didakwa memukul pelajar menggunakan penyapu di Tampoi kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap pengaduan diterima.
Walaubagaimanapun guru terbabit telah menafikan tuduhan tersebut.
“Sekiranya kes berkenaan adalah benar, guru terbabit boleh diambil tindakan tata tertib,” katanya.
Keluarga pelajar terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Skudai kelmarin. Mereka mendakwa tangan kiri mangsa mengalami lebam kerana dipukul oleh guru tersebut menggunakan penyapu.
Sumber: Harian Metro
—
Kita sering mendengar kes murid dipukul guru sebelum ini, memang tidak dinafikan terdapat kes yang guru juga bersalah, namun ada juga kes yang berlaku di Tawau sebelum ini, yang mana anaknya mendakwa dipukul guru, tetapi setelah disiasat rupanya murid tersebut terjatuh sendiri.
Berdasarkan kes ini pula, guru tersebut menafikan yang beliau memukul murid tersebut. Mungkin ada saksi yang nampak kejadian yang sebenar.
Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik dari kedua-dua belah pihak.