Home info Iklan Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia USIM 2017

Iklan Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia USIM 2017

6
0

Universiti Sains Islam Malaysia atau singkatannya USIM mempelawa mereka yang berkelayakan untuk memohon Jawatan Kosong USIM 2017.

Jawatan Kosong Usim

Sebelum itu adakah anda tahu di mana terletaknya USIM ni? Kampus induknya terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, berhampiran dengan Stadium Tertutup Nilai. Kalau anda melalui lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur mesti perasaan papan tanda Usim di susur keluar Nilai.

Sebelum ini nama USIM adalah Kolej Universiti Islam Malaysia KUIM, tapi itu dulu, sekarang ia sudah dinaik taraf sebagai Universiti.

Jawatan Kosong Akademik dan Pentadbiran USIM 2017

Terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu:

  • Jawatan Akademik
  • Jawatan Kumpulan Pentadbiran
  • Jawatan Permata Insan

Jawatan Akademik

BIL JAWATAN GRED
1 Pensyarah Universiti DS51, DS53, VK7 (51-VK7)
2 Pensyarah Pergigian DUG51P, DUG51, DUG53/54, PROFESOR GRED VK5/6/7 (-)

Jawatan Kumpulan Pentadbiran

BIL JAWATAN GRED
1 PEMANDU KENDERAAN H11
2 PEGAWAI KEWANGAN W41
3 PEMBANTU KEMAHIRAN H19
4 JURUTERAPI PERGIGIAN U29
5 PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
6 PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/
UG52/UG54

PERMATA Insan 

Permata Insan merupakan sebuah program  di Universiti Sains Islam Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.

Pemohon hendaklah mempunyai pengetahuan dalam subjek yang diajar serta mempunyai minat untuk mengajar murid-murid yang berpotensi tinggi. Memahami aspirasi Permata iaitu Pendidikan Pintar Berbakat.

Bidang yang diperlukan ialah:

BIL  FAKULTI
1 Matematik/ Matematik Tambahan
2 Fizik
3 Kimia
4 Biologi
5 Sejarah / Falsafah

Cara Memohon Jawatan Kosong di USIM

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web:

e-IRIS

(Sistem Pengambilan Kakitangan)

http://eirisweb.usim.edu.my/eiris2/

Anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum dibenarkan menggunakan portal ini.

Setelah berjaya mendaftar, anda boleh pilih sama ada ingin memohon jawatan akademik atau jawatan pentadbiran. Selepas itu anda boleh membuat capaian berikut:

Klik Permohonan Baru dan jawatan Yang ingin dipohon, pastikan jawatan yang dipohon adalah muktamad kerana anda tidak dibenarkan menukarnya setelah ke langkah seterusnya.

  1. Isi segala maklumat dengan lengkap dan betul. Kemudian tekan butang seterusnya.
  2. Semak semua boang yang telah diisi dan pastikan ianya lengkap.
  3. Pada Skrin Semakan buat pengesahan permohonan dengan menekan butang Pengesahan Borang.

Bilakah tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan untuk jawatan ini?

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 5 Ogos 2017
  • Tarikh Tutup Permohonan: 18 Ogos 2017

Syarat-syarat permohonan anda boleh rujuk di laman web e-IRIS tersebut.

Sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan ia bermakna permohonan anda gagal. Walaubagaimanapun anda boleh memohon lagi sekiranya ada jawatan koosng lain yang dibuka.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Seksyen Perjawatan,
Unit Pengurusan Modal Insan,
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai,
71800, Nilai
Negeri Sembilan06-7988114/88126/88113

Semoga perkongsian kerja kosong dan kerjaya di USIM ini dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan, sila kongsikan kepada sanak saudara atau rakan-rakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here