Semakan Calon Berjaya PISMP Ambilan Jun 2018

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan laluan utama bagi lepasan SPM untuk memasuki dunia pendidikan dan memohon untuk menjadi guru. Program ini telah melahirkan ramai tenaga pengajar yang telah dilatih khas dalam tempoh 5 Tahun sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa semakan calon yang berjaya untuk diterima masuk ke program PISMP bagi Ambilan Jun boleh disemak pada tarikh berikut:

SEMAKAN PISMP 2018
Tarikh Semakan: 13 Jun 2018
Hari: Rabu
Masa: Bernula 10.00 Pagi

Cara membuat semakan:

Buka laman web rasmi PISMP di pautan berikut: pismp.moe.gov.my
Log Masuk ke akaun anda, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan
Klik pada semakan.

Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan?
Sila Klik pada ikon Lupa Kata Laluan   dengan masukan nombor kad pengenalan serta alamat emel yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah dilampirkan.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

BIL PROGRAM TARIKH PENDAFTARAN
1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 26 JUN 2018
2 Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ambilan Jun 2018  26 JUN 2018
3 Program Kembar Praperkhidmatan Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languange and Information Specialising in Teaching French as a Foreign Language di University of Franche-Comté’, Perancis  Ambilan Jun 2018  26 JUN 2018

Kepada mereka yang berjaya tahniah diucapkan, yang tidak berjaya jangan putus asa, mungkin belum rezeki anda buat masa ini. Anda adalah bakal-bakal guru, hargailah peluang yang ada ini, belajarlah bersungguh-sungguh, semoga anda menjadi seorang guru yang berguna untuk generasi akan datang.

Semoga info berkenaan semakan calon yang berjaya ke IPGM 2018 ini membantu anda, terutamanya dalam mendapatkan maklumat terkini yang benar dan tepat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top