Ramai orang bertanya, bagaimana hendak menjadi guru di sekolah-sekolah kerajaan? Salah satu laluan perguruan selepas SPM adalah dengan melanjutkan pengajian ke IPGM iaitu dengan mengambil PISMP. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beberapa tahun dulu ada laluan lepasan ijazah, boleh memohon KPLI atau DPLI, namun kini ia program tersebut telah berhenti lama kerana pengeluaran guru dari IPG sudah memadai berdasarkan unjuran keperluan semasa. Walaubagaimanapun tidak mustahil ia akan diwujudkan semula sekiranya keperluan kepada guru berada pada tahap kritikal.

Oleh yang demikian, sekiranya anda memang berminat unutk menjadi guru, anda hendaklah mengambil peluang ini.

Apakah syarat-syarat untuk memohon PISMP ini?

Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

BIlakah permohonan PISMP ambilan 2018 akan dibuka

Permohonan dibuka bermula pada 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018.

MAKLUMAT PROGRAM
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
2 Semester (1 Tahun)  8 Semester (4 Tahun)

Sebelum anda layak ke PISMP anda perlu menjalani program persediaan terlebih dahulu iaitu PPISMP, ia ibarat seperti Matrikulasi.

Adakah semua orang boleh memohon program ini?

Tidak semua orang boleh memohon program ini, pertama sekali perlu melepasi syarat-syarat asas yang telah ditetapkan, seperti umur tidak boleh melebihi 20 tahun.

Calon yang tidak layak untuk memohon:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 13 Mac 2018
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
  6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Laman Web Permohonan PISMP
https://pismp.moe.gov.my

Terlupa Kata Laluan Permohonan PISMP


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Perkara ini sering berlaku kepada pemohon, oleh yang demikian pastikan anda menggunakan password yang anda mudah ingat dan catat di dalam buku atau telefon anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda hanya perlu klik pada icon lupa kata laluan.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urusetia:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

BIL AKTIVITI TARIKH
1 Permohonan PISMP 2018 dibuka 13-28 Mac 2018
2 Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCG April
3 Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) April
4 Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian Mei
5 Temu Duga Mei
6 Semakan tawaran calon berjaya. Jun
7 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa.

Apakah itu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

Sesi Ujian Bertulis

  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

Sesi Ujian Kecergasan Fizikal

  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
  • Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
    ujian dilaksanakan.

Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)

  • Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Selepas anda berjaya UKCG ini barulah anda akan dipanggil untuk ditemuduga. Sekiranya berjaya dalam temuduga, maka anda akan diterima masuk ke PISMP Ambilan 2018 ini.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam memastikan cita-cita anda untuk menjadi seorang guru tercapai. Jangan lupa untuk sebarkan kebaikan, moga-moga ia menjadi info yang bermanfaat untuk semua.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u