Home info Abang Rogol 3 Adik Kandung: Apakah Faktornya?

Abang Rogol 3 Adik Kandung: Apakah Faktornya?

3
0

Kejadian seorang abang merogol 3 orang adiknya berusia 8, 9 dan 14 tahun amat menyedihkan. Abang yang sepatutnya menjadi pelindung kepada adik adiknya telah menjadi haruan makan anak. Tiada lagi rasa perikemanusian dalan diri. Tiada lagi keimanan dalam hati.

Saya sebagai speaker Goodbye Pornography tidak mahu mengulas apa yang telah berlaku. Namun di sini suka saya hendak mewujudkan kesedaran di kalangan ibu ayah dan anak anak di dalam keluarga

Beberapa faktor yang mungkin boleh diambil kira dari kejadian ini. Faktor faktor ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kejadian seperti ini.

kes rogol adik kandung

Faktor 1 : Faktor keluarga

Setiap keluarga wajib mendidik setiap ahlinya tentang batas batas pergaulan di dalam rumah. Walaupun antara abang dan adik, kakak dan abang adik dan adik.

Percampuran yang bebas walaupun adik beradik mampu memberi kesan yang buruk kepada keluarga. Sebagai contoh dalam Islam kita telah diajari dengan pengasingan tempat tidur apabila sampai umur baligh.

مُرُوا أولادكم بالصلاة وهم أبناءُ سبع سنين، واضربوهم عليها وهمأبناءُ عشر سنين؛ وفرَقوا بينهم في المضاجع

Perintahkan anak-anak kalian shalat pada usia 7 tahun, pukullah mereka jika meninggalkannya pada usia 10 tahun dan pisahkan di antara mereka tempat tidurnya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud, dihasankan oleh An Nawawi dalam Riyadhus Shalihin dan Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud)

Faktor 2 : Faktor Ibu Bapa

Ibu bapa sepatutnya mengamnbil berat terhadap segala pengaduan anak anak mereka walaupun si pengadu menuduh abang sendiri atau saudara terdekat. Akibat tidak ambil peduli terhadap segala aduan maka, mangsa akan merasai ketidaktenteraman dalam diri sendiri.

bagi pihak pemangsa pula, apabila tiada tindakan dari ibu dan ayah maka mereka akan ‘besar kepala’ dan akan buat dengan lebih agresif terhadap adik beradik yang lain. Di dalam masalah ini mahu tidak mahu sebagai ibu dan ayah kita perlu ada rasa sedikit ketidak percayaan dengan sesiapa walaupun keluarga terdekat.

Ketidak percayaan di sini bermaksud menyiasat segala apa yang dilaporkan oleh anak dengan apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya.

Justeru itu, Goodbye Pornography menyarankan kepada ibu ayah agar tingkatkan kepedulian terhadap segala ADUAN anak anak. Jangan sampai anak anak kita mengadu kepada insan yang mereka tidak kenali, kerana itu lebih merbahaya.

Faktor 3 : Faktor diri (Pemangsa)

Mangsa yang merogol adik beradiknya sendiri ini boleh tergolong dalam masalah mental. Pedofilia merupakan masalah mental yang tepat kepada si pemangsa. Pedofilia bermaksud, mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak kanak di bawah umur atau muda dari pemangsa.

Persoalannya bagaimana pemangsa boleh menghidap tau mengahadapi masalah pedofilia ini ?

Sebagai seorang aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Mothers Against Pornography, apa yang saya dapati kebanyakan mereka yang menghidap pedofilia ini bermula dengan bahan lucah (Porn) . Bahan lucah ini boleh di dapati dari bentuk tulisan, lagu, video dan gambar.

Hari ini, bahan bahan ini telah berada dihujung jari anak anak kita. Mereka cukup mudah untuk mengakses dan mendapatkannya. Biasanya mereka mula terjebak dengan sekecil kecil unsur seperti lagu atau video berdurasi pendek. Setelah keseronokan dapat ditimbulkan dari perlakuan itu maka mereka akan beralih kepada bahan yang lebih ekstrem.

Sehingga satu peringkat ketagihan yang dinamakan dengan ‘acting out’ sebagaimana diutarakan oleh Dr Victor b. Cline, pemangsa akan bertindak mencari mangsa yang boleh diperlakukan sepertimana dalam visual yang dilihat atau yang diimiginasikan. Maka ketika ini pemangsa akan mencari sesiapa sahaja walaupun adik kandung.

Cadangan / harapan

Sampai bila kita mahu mendengar kisah masyarakat seperti abang merogol adik, Anak dirogol ayah tiri, atok merogol cucu dan banyak lagi. Setiap masyarakat tidak kira ibu bapa, institusi pendidikan Sekolah dan IPT, agensi agensi kerajaan dan swasta di Malaysia perlulah memainkan peranan untuk menyebarkan mesej kesedaran ini.

Lantaran itu, sehingga kini Modul Goodbye Pornography giat melaksanakan program program berbentuk bual santai di sekolah sekolah atau mana mana agensi kerajaan dan swasta yang bertujuan membangkitkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat ke atas isu yang semakin teruk ini.

Ayuh bersama kami demi menjamin masa hadapan anak anak dan generasi kita di Malaysia ini. Goodbye Pornography juga menyeru kepada pihak yang berautoriti agar menghentikan segala bentuk hiburan yang berunsurkan SEKS yang mampu mempengaruhi kehidupan generasi yang akan membina Malaysia ini.

Bagi mereka yang hendak mengetahui lebih lanjut tentang isu kesedaran tentang masalah sosial Pornografi ini ini boleh layari

FB : Mualim Mohd Fadhli 

https://www.facebook.com/GreatTeacherFadhli/

FB : Mothers Against Pornography 

Sekiranya di luar sana terdapat guru guru, mahukan pengisian GOODBYE PORNOGRAPHY bagi menjalankan sebarang kempen, boleh ke website saya ini untuk muat turun.

Ayuh bersama Goodbye Pornography

Caranya

1. Folo insta cikgufadhli
2. Like fb page Mualim Mohd Fadhli
3. Dapatkan maklumat
4. Tularkan
#goodbyepornography
#mothersagainstpornography

SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
MOHD FADHLI BIN OTHMAN
0137001920

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here