Home Artikel Guru Stres Berisiko Masalah Kesihatan

Guru Stres Berisiko Masalah Kesihatan

20
0

Stres seringkali dipersepsikan dari perspektif yang negatif oleh ramai orang. Sungguhpun demikian, tidak ramai yang mengandaikan bahawa stres membolehkan kita menginjak ke arah kehidupan jangka panjang yang jauh lebih positif. Malah ramai dalam kalangan umum menyatakan yang stres juga banyak memberikan impilkasi yang tidak baik terhadap diri seseorang. Pengurusan stres yang baik dan berkesan ternyata memberikan kesan yang positif terhadap diri seseorang dan perkembangan organisasi atau komuniti secara amnya.

Apakah Maksud Stres?

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Menurut Kamus Bahasa Melayu Pelajar Edisi Kedua, stres didefinisikan sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Manakala takrifan oleh Merriam-Webster semenjak tahun 1828 telah menjelaskan “stress” berdasarkan beberapa kriteria yang lebih luas.

Kriteria-kriteria tersebut ialah:

  • Penghalang daya atau pengaruh ke atas anggota badan;
  • Perubahan bentuk;
  • Faktor fizikal, kima dan emosi yang menyebabkan ketegangan tubuh atau mental yang berkemungkinan menjadi faktor kepada penyebab penyakit;
  • Keadaan yang disebabkan oleh pelbagai tekanan; serta
  • Ketegangan.

Jenis stres secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu stres negatif dan stres positif. Stres atau tekanan yang tidak diuruskan dengan baik dikenali sebagai ‘distress’ yang memberikan pelbagai kesan yang tidak sihat kepada diri seseorang. Manakala ‘eustress’ merupakan tekanan perasaan yang dikendalikan dengan baik serta bijaksana ke arah pencapaian kecemerlangan. Oleh itu, jenis-jenis dan tahap stres yang dialami adalah berbeza-beza di antara setiap individu.

Para pakar kesihatan mengkategorikan empat tanda-tanda atau gejala umum yang dikaitkan dengan stres seperti kesan perubahan yang nyata ke atas individu dari aspek fizikal, mental, emosi serta sikap. Rasa keletihan yang berpanjangan, hilang daya fokus, perasaan risau yang melampau atau kemurungan dan tindakan agresif merupakan antara contoh-contoh simptom stres.

Punca-punca stres secara amnya diakibatkan oleh dua faktor utama iaitu faktor dalaman (intrinsic) dan faktor luaran (extrinsic). Konflik dalaman terhadap kendiri dan persekitaran yang tidak dapat diuruskan dengan baik menyebabkan keupayaan menangani stres (coping skills) seseorang berada di tahap rendah.

Faktor-faktor luaran seperti tuntutan kewangan, kebendaan (material) atau organisasi juga merupakan antara penyebab stres. Selain itu, gangguan terhadap rangsangan atau persekitaran seperti pencemaran bunyi dan bau memberikan ketidakselesaan kepada seseorang.

Secara jelas, stres atau tekanan yang tidak berupaya diurus dengan baik dalam jangka masa panjang membolehkan individu mengalami pelbagai masalah kesihatan. Misalnya, serangan sakit jantung dan angin ahmar (stroke), kesukaran untuk tidur (insomnia), kencing manis (diabetes), ganggungan terhadap sistem penghadaman seperti gastrik atau ulser, jangkitan kuman (infeksi), lelah (asthma) dan lain-lain penyakit berisiko tinggi.

Pengurusan stres yang terganggu oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran juga boleh menyebabkan penyakit kronik ke atas jiwa dan mental (mental disorder).

Natijahnya, langkah-langkah awal bagi menguruskan stres wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak. Justeru, berbalik kepada faktor atau punca-punca stres, cara-cara mengatasinya juga perlu melibatkan kekuatan dalaman dan luaran.

Baca juga: Urutan Terapi Stress

Kekuatan dalaman boleh dicapai menerusi amalan-amalan spiritual dan keagamaan, peningkatan motivasi kendiri dan pengurusan emosi selain penjagaan kesihatan yang holistik. Manakala kekuatan luaran atau fizikal diperoleh menerusi sokongan dari ahli keluarga terdekat serta dorongan oleh rakan sebaya dan ahli komuniti sekeliling.

Setiap individu berperanan penting dalam membantu pengurusan stres yang berkesan bagi merealisasikan pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here