Beberapa hari lepas, tersebar printscreen yang mana komen dari seorang penjaga yang mempertikaikan kenapa buku latihan anaknya masih belum digunakan, sedangkan sudah masuk minggu ke 3 sesi persekolahan.

Kita cuba untuk bersikap positif tentang hal ini, boleh jadi ibu ini tidak tahu bahawa Tahun 1 biasanya 3 minggu ni adalah minggu transisi. Jadi sebarang kerja rumah memanglah belum ada lagi, bahkan bukan hanya tahun 1, tahun 2 tahun 3, bukan semua kita dah guna buku tulis atau buku latihannya, lagipun sekarang ini ada buku kerja, ada buku aktiviti dan ada lembaran kerja..

Kebiasaannya sepanjang minggu transisi, pihak sekolah akan menyediakan modul transisi yang meliputi hampir semua subjek dimasukkan. Modul itulah yang digunakan di dalam kelas.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Selain daripada itu, dalam mingu transisi juga diadakan program dan aktiviti di luar kelas, seperti taklimat, ceramah atau senaman dan permainan.

Namun agak kecewa juga apabila ibu muda ini melabelkan guru sebagai ‘s**l’..

Semoga ibu bapa ambil tahu berkenaan hal dan program di sekolah, perlu juga difahami, tiada kerja sekolah bukan bermakna tidak belajar, ada kerja sekolah belum tentu ia belajar. Renung-renungkan selamat beramal..