Home info Buku Tiada Gambar Tun Mahathir Bukan Dari KPM

Buku Tiada Gambar Tun Mahathir Bukan Dari KPM

3
1
gambar mahathir tiada

Buku yang dikatakan tidak meletakkan gambar Tun Mahathir di dalam soalan bukanlah dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku latihan Sivik dan Kewarganegaraan itu ditularkan sesetengah pihak kerana menyenaraikan Perdana Menteri kecuali Tun Mahathir.

Disebabkan itu, netizen yang tidak mengetahui penerbit sebenar buku tersebut mengecam Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Menteri Pendidikan selaku peneraju utama.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkenaan buku tersebut di Facebook beliau:

“Buku berkenaan disahkan bukan buku teks yang diterbitkan KPM, tetapi buku kerja yang terdapat di pasaran terbuka.
KPM sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak berkaitan di atas fitnah dan cacian yang dilemparkan sama ada kepada KPM atau kepada saya.
Siasatan terperinci sedang dijalankan ketika ini berhubung perkara itu.”

Facebook rasmi KPM juga berkongsi status tersebut beserta status:

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil perkara ini secara serius. Siasatan sudah dijalankan secara terperinci. Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai memaklumkan perkara ini kepada kami melalui talian yang disediakan. Namun demikian, cara penyampaian berita ini oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab tidak harus di tular.

Segala sindiran, cacian di laman sosial kepada Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan KPM juga akan di maklumkan kepada pihak SKMM untuk tindakan.

Aduan, makluman dan cadangan harus disalurkan dengan cara betul iaitu melalui:-
Talian 03-8000 8000
Emel 80008000@1mocc.gov.my
Faks 03-8000 8001

https://www.facebook.com/KementerianPendidikanMalaysia/posts/1589075881131068

KPM juga menasihatkan para netizen tidak mengeluarkan fitnah atau menghina seseorang. Sebelum ini juga terdapat beberapa isu berkenaan Buku Teks tetapi lebih kepada isi kandungannya yang terlalu KBAT.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here