Borang Kawalan Bilik Darjah merupakan borang yang digunakan untuk merekod kehadiran murid serta merekod kehadiran guru yang masuk setiap waktu PdPc.

Borang ini ditulis setiap hari persekolahan di dalam kelas, guru kelas hendaklah menyediakannya, dan diletakkan di dalam kelas mereka dalam bentuk buku.

Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan merekod kehadiran murid pada hari tersebut di dalam buku kawalan kelas.

borang kawalan kelas

Boleh muat turun dengan menekan butang ⬇ pada bawah paparan pdf di atas.

Di dalam borang ini terdapat 3 bahagian iaitu:

  • Kehadiran Guru
  • Senarai Murid Tidak hadir
  • Catatan Salah Laku

Manakala di sebelah atasnya pula terdapat butiran kelas seperti:

  • Tahun
  • Kelas
  • Hari
  • Tarikh
  • Nama Guru Kelas
  • Bilangan Murid Lelaki dan Perempuan

Di dalam buku ini juga, guru Mata Pelajaran boleh merekod salah laku murid di dalam kelas, oleh itu guru boleh melihat nama-nama murid yang selalu menimbulkan ‘masalah’.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Penyediaan Buku Kawalan Kelas

Bagi memastikan buku ini berada di dalam keadaan baik, dan boleh digunakan dalam tempoh setahun, guru kelas hendaklah membuat salinan dan dibukukan, paling mudah adalah menggunakan ‘Binding Tape’.

Bagi menjimatkan lagi kos, anda boleh kecilkan borang ini menjadi 4 borang untuk 1 kertas A4, dan buat salinan depan belakang.

Letak plastik untuk memastikan ia kekal teguh dan mampu bertahan selama setahun, kerana apabila ia duduk di dalam kelas mungkin akan ‘lunyai’ dikerjakan anak murid.

Jika sekolah dua sesi, langkah lebih selamat ialah meminta Ketua Kelas hantar ke meja anda setiap kali waktu terakhir, dan mengambilnya semula pada waktu pertama keesokkannya.

Walaupun penyediaan buku ini kadangkala merumitkan guru, namun ia sangat penting untuk direkodkan. Ia diguna pakai dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) ke arah MS ISO 9001:2008

Penggunaan borang kawalan bilik darjah ini juga mampu mengelakkan murid-murid dari membuat masalah disiplin di dalam kelas. Kerana masalah mereka akan dicatat di dalam buku tersebut.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu para guru khususnya guru kekas dalam mengurus bilik darjah menjadi lebih baik.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u