Penggunaan QR Code kini juga telah meluas di kalangan guru-guru, terutamanya apabila ingin memberikan sesuatu link kepada orang lain dengan hanya perlu ‘Scan QR Code’ dan link yang hendak dibuka akan terpapar.

Ia juga digunakan untuk menggantikan dokumen ‘hardcopy’ kepada ‘softcopy’, sebagai contoh sebelum ini kita perlu mencetak DSKP atau RPT dan memasukkannya ke dalam fail, namun kini kita boleh sahaja jadikan ia dalam bentuk softcopy dengan memberi Qr Code yang mempunyai link kepada dokumen tersebut.

Mahu jadikan RPT anda kepada bentuk QR Code? Bagaimana Cara Untuk Buat QR Code? 

Untuk membuatnya anda memerlukan perkara berikut:

  1. Dokumen yang anda ingin masukkan ke dalam QR Code
  2. Akaun Google Drive

Kemudian ikut langkah-langkah dibawah:

  1. Masukkan dokumen anda ke dalam Google Drive
  2. Copy link dokumen yang telah anda masukkan
    cara buat qr code
  3. Buka website ini :
    https://www.qr-code-generator.com/ atau 
    https://www.the-qrcode-generator.com/
  4. Masukkan link dokumen tadi ke dalam website di atas untuk generate QR Code.
    tukar rpt dengan qr code

Selepas anda tekan generate, QR CODE akan dijana, anda boleh download code dan print.

Apa-apa link website boleh ditukar kepada QR. Manakala untuk scan code tersebut pula, anda memerlukan apps QR Scanner. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore atau App Store.

Print dan rename code yang telah dimuat turun supaya anda tidak tertukar dengan yang lain.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dan rakan-rakan dalam membuat QR Code sendiri.

Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan yang lain.