Home info Boleh Didenda RM500, Jika Tidak Buat RPH

Boleh Didenda RM500, Jika Tidak Buat RPH

152
0
Denda rm500 tidak buat rancangan mengajar

Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunan-Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
-Butiran yang perlu ada ialah :

  • Mata pelajaran
  • Tingkatan
  • Minggu
  • Tajuk/isi
  • Objektif
  • Kemahiran
  • Nilai dan
  • Bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian
-Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
-Butiran yang perlu ada ialah :
a) Hari dan tarikh
b) Mata pelajaran dan tingkatan
c) Masa
d) Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
e) Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Printer Brother
Iklan · Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee


Buku rekod pengajaran (BRP) menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak:
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah


Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.


Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer.

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 – berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)

Diharap para guru ambil maklum dan faham akan peraturan ini. Ia penting dalam menjaga disiplin kita sebagai Penjawat Awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here