Home info Kenyataan Media Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Kenyataan Media Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

44
1
Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap
pemangku Menteri Pendidikan telah mengadakan sesi pertemuan dengan pengurusan
tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Januari 2020.

Dalam ucapan pembukaan, Yang Amat Berhormat Tun telah menyatakan pandangan beliau terhadap kepentingan murid-murid mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Yang Amat Berhormat Tun berpendirian bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana pengetahuan serta bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
adalah bukan perkara yang baharu dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

Walaupun KPM telah memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2012, namun Dual
Language Programme (DLP) yang diperkena]kan pada tahun 2016 tetap memberi pilihan
kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sehingga Januari 2020, sebanyak 2,292 buah sekolah seluruh negara telah melaksanakan DLP.

KPM mengambil baik saranan Yang Amat Berhormat Tun. Kajian pelaksanaan akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum melaksanakannya.

Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

1 COMMENT

  1. Tidakkah dahulu PPSMI gagal dalam perlaksanaannya. Itu semua dah maklum. Tiba2 datang lagi cadangan utk melaksanakan kali kedua.

    Pegawai tinggi di KPM, mana suara anda?
    Takkan nak jadi “yes man” sampai ke sudah.. mabil line selamat dan bebankan rakan2 guru di sekolah.

    Pegawai di KPM agaknya tak pernah jadi guru di sekolah kot? keluar U terus jadi pegawai KPM.

    Bangun dan bersuara lah masa “MEETING” untuk masa depan Pendidikan Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here