Musim-musim raya pasti kita juga turut berkunjung ke rumah terbuka jiran-jiran, sahabat dan rakan taulan. Namun dalam keseronokan beraya terdapat peraturan-peraturan yang kita perlu ‘patuhi’.

Berikut adalah contoh-contoh peringatan yang kita boleh ambil sebagai rujukan kita.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal)
  2. Pastikan anak-anak tidak ambil angpau lebih sekali, dan kalau tiada jangan pula tanya mana duit raya.
  3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.
  4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan kain langsir atau sofa.
  5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk pula tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab.
  6. Jangan pandai-pandai tukar channel tv rumah orang. Dah diorang sekeluarga minat Tara HD, jangan pandai-pandai nak tukar astro ceria.
  7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai-ramai, nanti macam kumpulan dikir barat.
  8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.
  9. Budak-budak jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.
  10. Orang hidang air terus minum tak payah nak cakap banyak.
  11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.
  12. Kalau dah lama sangat duduk tu, faham-fahamlah, jangan sampai orang bagi petunjuk jalan keluar.
  13. Jangan minta password wifi rumah orang, melainkan memang dia kata gunalah wifi free ni.
  14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.
  15. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air umah orang. Satu hal pulak tuan rumah nak kena kutip buang.
  16. Jangan cerita pasal politik, nanti elok-elok nak bermaafan jadi berperang mulut pula. Melainkan orang yang kita kunjungi tu memang sama fikrah dengan anda.

Semoga peringatan ini dapat diambil perhatian agar hubungan yang ada dapat terus terjalin. Peringatan ini tidak semestinya bertepatan dengan semua keadaan, ia bergantung juga kepada situasi anda.

Apapun perkara yang paling utama yang perlu dijaga adalah akhlak, seperti mana adab-adab menziarahi rumah orang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.