Mungkin ramai di antara kita yang masih menggunakan Windows 7, dan berhasrat untuk menaik taraf ke Windows 10. Namun bagi yang kurang arif dengan sistem komputer, tidak tahu bagaimana nak upgrade ke Windows 10, dan mungkin tidak berani untuk melakukannya sendiri.

Bagi yang mahu mencubanya jangan bimbang, kerana ia tidaklah serumit yang disangka. Jika anda hantar ke kedai kos format dalam RM60 hingga RM120, jadi jika boleh buat sendiri lebih mudah dah cepat.

Untuk Upgrade ke Windows 10 secara percuma, laptop anda mestilah mempunyai Windows 7 yang oringinal (Genuine). Anda akan terus dapat Windows 10 yang sah setelah berjaya upgrade tanpa perlu memasukkan Product Key.

Namun begitu proses unuk upgrade ini memerlukan capaian internet yang stabil dan pantas seperti Unifi atau talian 4G supaya proses dapat berjalan lancar tanpa gangguan.

Di bawah ini disertakan 2 video tutorial cara upgrade Windows 7 ke 10. Ikut langkah yang telah diterangkan dengan teliti. Pastikan juga Laptop anda disambung ke plug adapter, supaya tidak kehabisan bateri.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Jika laptop terpadam dikhuatiri akan berlaku masalah yang lebih rumit.

Panduan dalam video ini dalam Bahasa Indonesia, namun mudah difahami bagi pengguna Bahasa Melayu.

Yang ini pula dalam Bahasa Inggeris, juga boleh cuba ikuti.

Kelebihan Windows 10 ia lebih lancar dan pantas dari Windows 7. Namun jika RAM anda rendah seeloknya di upgrade ke tahap maximum, 8GB / 16GB.

Semoga info dan panduan ini dapat membantu anda untuk mengemaskini windows anda. Selamat mencuba.