Seperti sedia maklum, dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2016, dan Mesyuarat
Ketua Setiausaha dan Ketua Pendidikan Bilangan 5 Tahun 2016 telah memutuskan supaya Kementerian dan agensi Kerajaan menggunakan Logo Jata Negara sebagai Logo Rasmi.

Selaras dengan arahan tersebut, Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat yang telah dikeluarkan pada 11 Mei 2017 no rujukan : KPM 100-1/8/1 Jld.2 (10) bagi penyeragaman pemakaian baju korporat di kalangan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu dibuat sedikit pengubahsuaian.

Rekabentuk dan warna pakaian korporat masih lagi sama, namun penggunaan logo rasmi KPM perlu dibuat pengubahsuaian daripada rekabentuk sedia ada seperti di Lampiran A.

Seperti yang telah dimaklumkan dalam garis panduan sebelum ini, pembekal baJu korporat tldak boleh menggunakan peruntukan Jabatan / Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai.

Perkara ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2008 (para 25)
yang menyatakan bahawa “Pembekal baju korporat Jabatan / Bahagian yang menggunakan peruntukan Kerajaan juga dihentikan serta merta”.

Pemakaian baju korporat oleh pegawai KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan / luar sahaja.

Bagi pegawai lelaki, baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang slack / khakis dengan keutamaan kepada warna gelap.

Bagi pegawai wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A” (A-line skirt), paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam / dark blue / royal blue.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM 2020

Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato ‘/ Datin / Dr. / Tuan / Puan juga, pakaian semasa bertugas di pejabat dan menghadiri upacara-upacara rasmi yang lain adalah tertakluk kepada Pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa seperti berikut :

(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam);

(ii) Perkara 6 Peraturan-peraturan pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ;

(iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. I tahun 2016 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadir Upacara Rasmi) ;

(iv) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPS(S)TT.193/37/Jld4 bertarikh 15 Mac 2005 (Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat) ;

(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. I Tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Had Khamis).

Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam / uniforrn hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk / Dato ‘/ Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya dan memantau pelaksanaan pemakaian baju korporat oleh semua pegawai di bawah seliaan masing-masing demi meningkatkan imej korporat KPM.