Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai prosedur dan tatacara penggunaan logo rasmi KPM serta peraturan-peraturan penggunaan logo yang ditetapkan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo rasmi KPM.

Garis panduan ini terpakai kepada semua Bahagian, Jabatan Agensi di bawah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah serta syarikat korporat, NGO dan agensi kerajaan.

Kelulusan penggunaan logo diberikan kepada program yang tidak menyentuh sensitiviti dan keharmonian masyarakat dari segi agama, kaum, budaya serta tidak bertentangan dengan
peranan dan tanggungjawab KPM.

logo kpm

PERMOHONAN PENGGUNAAN LOGO

Surat permohonan perlu dikemukakan kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh penggunaan logo.

Penggunaan logo rasmi KPM pada sijil penyertaan atau sijil penghargaan tertakluk kepada program dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat korporat, NGO dengan kerjasama KPM/Bahagian/Jabatan/Agensi di bawahnya sahaja. Bagi program yang dijalankan oleh pihak luar tanpa kelulusan daripada KPM/Bahagian/Jabatan dan Agensi, penggunaan logo di sijil penyertaan atau sijil penghargaan TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

KPM berhak untuk menolak sebarang permohonan penggunaan logo rasmi KPM yang didapati tidak bersesuaian dengan program atau aktiviti yang dijalankan.

KPM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi KPM bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan penggunaan logo yang tidak mendapat kelulusan.

Logo rasmi KPM TIDAK DIBENARKAN untuk digunakan bagi tujuan komersial, kutipan sumbangan dan dana termasuk sebarang aktiviti yang bermotifkan keuntungan kepada pihak pemohon.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Kebenaran penggunaan logo rasmi KPM yang diberikan adalah bagi tempoh yang terhad yang dinyatakan secara bertulis – tiada kelulusan terbuka.

Penganjur wajib bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan sebarang masalah atau kesulitan tidak berbangkit dalam penganjuran program mendapat kelulusan menggunakan logo rasmi KPM agar tidak menjejaskan imej KPM dan negara.

KPM berhak untuk menarik balik atau membatalkan kelulusan penggunaan logo rasmi KPM yang diberikan dengan tanpa notis sekiranya pemohon menyalahgunakan logo rasmi KPM dan didapati menyalahi undang-undang atau dianggap bertentangan dan tidak konsisten dengan reputasi, imej dan matlamatnya.

KPM adalah tidak bertanggungjawab untuk menanggung apaapa bentuk liabiliti, isu, krisis yang terjadi kepada apa jua jenis program dan perkara-perkara lain yang berkaitan walaupun
kelulusan penggunaan logo rasmi KPM telah diberikan.

Pihak KPM boleh melaporkan kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia jika terdapat penyalahgunaan logo rasmi KPM serta mendapati logo rasmi digunakan tanpa
mendapatkan kebenaran KPM.

Permohonan penggunaan logo rasmi KPM mestilah dialamatkan kepada:

Ketua Komunikasi Korporat,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5, Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Rujuk format dan panduan Logo Baru KPM di bawah:

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO RASMI KPM

Jika diperhatikan terdapat perbezaan pada kedudukan perkataan “Kementerian Pendidikan Malaysia”, di mana sebelum ini ia diletakkan di sebelah kanan, dan kini ia diletakkan di sebelah bawah.

KPM juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM yang menggunakan logo KPM yang baru.