Whatsapp digunakan secara meluas di negara kita, ia juga menjadi medium utama komunikasi mengalahkan penggunaan SMS. Memandangkan penggunaan whatsapp adalah percuma, ia juga tidak terlepas dari penyebaran mesej berantai.

Kini Whatsapp telah mula melabelkan mesej yang di ‘forward’ oleh rakan-rakan anda dengan tanda ‘forwarded’

Dengan adanya label ini ia dilihat sebagai usaha Whatsapp yang ingin mengawal penyebaran mesej berantai, ia juga memberikan ruang untuk pengguna berfikir ‘owh ini mesej yang di forward’ dan secara tidak langsung ia sebagai langkah awal pencegahan penyebaran berita palsu dan tidak benar.

Sejak kebelakangan ini, penyebaran berita palsu dan tidak benar cepat tersebar, bukan sahaja di media sosial Facebook tetapi di ruang komunikasi whatsapp dan telegram. Namun begitu bukan semua mesej berantai tidak bagus, ada juga mesej yang bermanfaat untuk dibaca.

Pengguna yang telah mengemaskini whatsapp mereka mungkin telah melihat label ini. Yang belum boleh update whatsapp masing-masing, semoga info ini dapat memberi pencerahan dan maklumat kepada anda.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u