Demam Piala Dunia 2018 telah bermula hari ini, para peminatnya pasti tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan Bola Sepak yang penuh berprestij ini. Perlawanan pembukaan antara Russia dan Arab Saudi pasti menjadi tumpuan malam ini.

Perlawanan Pembukaan Piala Dunia 2018 Russia

  • Russia VS Arab Saudi
  • Tarikh: 14 JUN 2018
  • Hari: Khamis
  • Masa: 11.00 Malam
  • Stadium: Luzhniki Stadium, Moscow

Perlawanan Siaran Langsung dapat ditonton di kaca tv pada saluran berikut:

  • RTM TV2
  • Astro Arena 801, 802 HD
  • Astro 780, 790 HD

Sekiranya anda tidak melanggan Astro, anda boleh menontonnya di saluran RTM, di mana TV1 dan TV2 akan menyiarkan beberapa perlawanan secara langsung dan siaran tertunda pada musim ini.

Sekiranya anda tidak mempunyai TV atau berada di luar rumah, anda boleh tonton Live Streaming Russia vs Arab Saudi di beberapa kaedah atau link berikut:

  • Astro Go, bagi pelanggan Astro yang mempunyai akaun Astro Go boleh tonton di Smartphone mereka.
  • Link Facebook Live: Link 1, Link 2
  • Link Internet: Link 1, Link 2, Link 3

Barisan Pemain yang mungkin diturunkan:

Russia: Igor Akinfeev; Mario Fernandes, Fedor Kudryashov, Sergey Ignashevich, Yuri Zhirkov; Roman Zobnin, Daler Kuzyaev, Alan Dzagoev, Aleksandr Samedov, Aleksandr Golovin; Fedor Smolov

Saudi Arabia: Abdullah Al-Mayouf; Usamah Husawi, Omar Hosawi, Yasser Al-Shahrani, Mohammed Al-Barik; Abdullah Otif, Salman Al-Faraj, Yahya Al-Shihri, Taisir Al-Jassim, Salem Al Dosari; Fahad Al-Molad

Perlawanan yang dijangka sengit ini diadakan di Luzhniki Stadium, Moscow. Russia selaku tuan rumah menjadi pasukan pilihan malam ini. Namun begitu semangat juang Arab Saudi tidak boleh dipandang ringan.

Perlawanan pembukaan selalunya ada kejutan, kedua-dua pasukan mempunyai semangat juang yang tinggi. Kesilapan kecil mungkin akan menjadi punca kepada kekalahan. Selain Arab Saudi, Russia juga berada di kumpulan A bersama Egypt dan Uruguay.

Selain itu, perlawanan tumpuan yang ditunggu-tunggu juga adalah antara Portugal vs Spain yang dijadualkan pada 16 Jun 2018 jam 2.00 pagi.

Semoga info dan maklumat perlawanan Russia vs Saudi Arabia Piala Dunia 2018 ini dapat membantu anda, khususnya peminat Bola Sepak di Malaysia. Rujuk juga jadual perlawanan mengikut waktu Malaysia.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u