Memandangkan Penjawat Awam telah menerima gaji Jun lebih awal kerana adanya Hari Raya Aidilfitri, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai diawalkan,  dipinda daripada 25 Julai 2018 (Rabu) kepada 18 Julai 2018 (Rabu).

Berita ini mungkin melegakan sedikit

Perkara ini telah disahkan benar dengan adanya Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 2/2018: SPANM Bil 2 2018 Bil (42) Tarikh Bayaran Gaji 2018 dibaca bersama SPANM 6 2017


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Gaji Julai 2018 : 18 Julai 2018

Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2017 rujukan ANM(T)81/10/6/10(35) bertarikh 22 Disember 2017.

Kementerian/Jabatan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi bagi memastikan pembayaran gaji dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rujuk juga: Jadual Gaji 2018

Memandangkan mungkin ramai yang telah berbelanja untuk persiapan Aidilfitri sebelum ini, dengan dipercepatkan gaji bulan julai ini ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan yang agak ‘lari bajet’ sebelum ini.

Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada anda. Dapatkan maklumat yang tepat dan sahih daripada kami.