Berikutan tersebarnya video seorang guru mengamuk dari sebuah sekolah di Kulim, Kedah di ketika mesyuarat sedang berjalan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Kenyataan Media terhadap isu ini.

Siasatan awal mendapati bahawa kes tersebut berlaku pada 24 Januari 2018 dan telah dirakamkan oleh seorang rakan guru lain di sekolah tersebut menjadi tular sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pelbagai pihak terutamanya warga pendidik.

Sehubungan itu KPM telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan guru yang dikatakan bermasalah mental tersebut di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu dengan kadar segera bermula hari ini (26 Januari 2018). KPM juga akan segera menyiasat apakah punca sebenar guru tersebut bertindak sedemikian.

 

guru mengamuk kulim

Dalam hal ini juga, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mengingatkan semua guru serta pentadbir sekolah perlu sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional pada setiap masa khusunya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid-murid serta masyarakat bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berulang.

Berdasarkan pemerhatian dari admin sendiri berkenaan video tersebut, guru tersebut sedang menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak pentadbir, namun cara dan kelakuannya tidak sesuai malah boleh menimbulkan ketegangan sesama guru. Mungkin kerana tertekan dan stres dengan tugas yang dipikul sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar kawalan.

Kita juga berharap agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan mencari apakah punca sebenar yang menyebabkannya menjadi seperti itu, seseorang yang sudah lama bersabar apabila kemarahannya sampai ke puncak memang akan bertindak melampaui pemikiran kita.

Guru dan Pentadbir juga dinasihatkan sentiasa bertoleransi antara satu sama lain, elakkan meninggi diri, bersikap terbuka dan menerima pandangan orang lain. Semoga profesion perguruan ini akan terus diangkat sebagai profesion yang dimuliakan dan dihormati.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u